Wednesday, January 6, 2010

Jawatan ini ...

(untuk mereka yang baru naik pangkat dengan jawatan baru di tahun baru....)

Jawatan ini …..
waLaupun tak sebesar mana
adalah amanah untuk dilaksanakan
ujian untuk iman dan taqwa
agar tak lagha..dengan kuasa dan reputasi

Jawatan ini ….
walaupun tak sebesar mana
sudah cukup buat insan
lupa diri dan agama
lupa kawan dan taulan
dunia adalah dia punya
macam ingin hidup ribuan tahun

Jawatan ini…
Walaupun tak sebesar mana
Menagih umur dan masa
Sampai rumah tangga jadi litang pukang
Anak2 merintih bersama buku Iqra
Yang tak mampu dibaca
Orang dirumah termenung
Mengenang dapur yg tak berasap
Menunggu nasi yang tak bejamah
Adakah lagi hari esok
Menanti ria berumah tangga
Menunggu dan membebel
Akhirnya …. Mencari sepi di kedai mamak

Jawatan ini..
Walaupun tak sebesar mana
Jangan jadi penghalang amal
mesyuarat tak berhujungan
sehingga bersolat di akhir waktu
appointment berpagi2an
hingga luput dhuhanya

Jawatan ini..
Walaupun tak sebesar mana
Cukup indah tak terkata
Tapi kita kan ditanya dan diasak
Pasal tugas dan tanggung jawab
Setiap detik dan masa
Adakah kerna tuhan atau manusia !

Shah Alam
6 Januari 2010

No comments:

Followers