Hari ini
minda gemuruh kembali tenang
jiwa gelora kembali reda
laluan mula menampak
faham kembali menapak
yang kusut telah terurai
membuka seribu maksud
melerai pelbagai soal
menjawab sehimpun tandatanya
luasnya ilmu Tuhan
Hari ini
ceria melambai pergi
sepi mula bertamu dihati
tawa pun telah dibawa lari
dalam menangis banyak riang ria
menghibur hati yang gundah
mencuit dan mengusik
untuk terus mendakap
hidup yang pahit ini
Hari ini ...
Lega belabuh di kaki langit
Bahtera KAD meninggal pergi
Bersama peti ilmu nya
Melambai dengan seribu harapan
Manggapai sejuta impian
Hari ini berakhir dengan indah sekali
...alhamdulillah
drnordin
Kursus Audit Dalam InED-1/2010
Hotel UiTM
Shah Alam
No comments:
Post a Comment