Monday, October 5, 2009

Pesan Abah

Pesan Abah
(Buat anakanda Nabiela Husna dan seluruh anak2 yang akan mengambil PMR nanti)

Dikala ini
Munkin hati begitu resah
Mengingatkan ujian yang bakal dihadapi
Satu beban yang begitu berat untuk kudrat ini
Terasa begitu cepat masa datang dan pergi
Terasa terlalu banyak untuk diingati
Terasa terlalu sedikit untuk bekal ke medan ujian
Terasa terlalu dangkal untuk merumus
Terasa terlalu tinggi untuk dicapai
Terasa terlalu luas untuk direnangi
Terasa terlalu dalam untk ditimba
Tapi.....
Ingatlah Pesan Abah
Bahwa itu adalah mainan minda
Usah dilayan jauh dibayang
Hanya peringatan
Yang diri ini perlu bersedia
Untuk diasak pelbagai soal
Bagi menguji minda
Mengajak faham
Menggamit bijaksana

Ingatlah pesan Abah
Untuk terus tenang
Menyelam masa merentas ketika
Untuk sujud bersolat
Memohon ampun dari Yang Esa
Untuk tadah berdoa
Menjemput rahman dan raheem
Buat bekal ke medan perjuangan

Perjalananmu masih jauh
Jalan masih penuh berliku
Di perhentian ini
Pada ujian ini
Buatlah yang terbaik
Lontarkanlah yang terjauh
Uraikanlah dengan faham dan tahu
Lapik ungkapan dengan jujur
Lempar kata-kata dengan sopan
Kejayaan tak dikukur dengan nombor dan abjad
Tapi pada tahap usaha dan tawakkal
Rafakkan syukur pada Tuhan
Moga kemenangan milik kita
Ingat Pesan Abah
Renunglah pada langit
Dalam kepulan awan Abah kirim doa dan restu
Dengarlah deruan angin
Pada sang bayu Abah kirim bisikan kasih dan sayang
Senyumlah pada mentari
Dengan sang suria Abah pancarkan harapan dan cita-cita
Lambaikanlah pada hujan
Dalam titisan air Abah hembuskan nur kemenangan
Tadahkanlah tangan pada Tuhan
Dalam Iman dan Taqwa ada kejayaan hakiki

Ingatlah Pesan Abah
Untuk dunia dan akhirat


Shah Alam
5 Oktober 2009

No comments:

Followers