Menghafal
Kaedah menghafal adalah menjadi kegemaran para pelajar sebagai satu persediaan menghadapi peperiksaan. Walaupun menghafal tidak dapat menentukan seseorang itu menguasai subjek yang berkaitan , ia sedikit sebanyak membantu dalam menghadapi peperiksaan. Tujuan utama menghafal adalah supaya perkara yang dipelajari itu diingat semasa menjawab soalan. Jika hafalan disertai dengan pemahaman dan dibuat dengan lebih sistematik, proses ini akan lebih bermakna.
Kaedah hafalan :
1. Ringkaskan perkara yang perlu diingat dengan fokus kepada isi-isi penting.
2. Susun bahan tersebut dalam bentuk yang mudah seperti carta ataupun diagram.
3. Hubungkaitkan bahan tersebut dengan kehidupan anda seharian.
4. Jangan cuba nak ingat perkara yang belum anda fahami.
5. Hafal pada masa-masa yang agak tenang seperti selepas Suboh.
6. Doa.
No comments:
Post a Comment