With the continuing atrocities in Gaza, looking at the grim pictures of the country and people at war, I want to remember again that I am a Muslim, a Malay Muslim. It could me, my family and this beloved land of ours in that conflict. The time when there would be no more tears to shed but the faith and who you are to defend the land thought to be yours .....
I want to remember again that .... Saya Anak Melayu.
Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.
Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap diarus zaman.
Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.
Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.
Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.
Kini sudah tiada masa,
Majulah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayukan gagah di nusantara,
Melayukan gagah di nusantara.
Bacalah semula dan hayati sekali lagi rangkap2 yang dulu tersemat kukuh dalam hati sanubari kita. Kemelut umno sekarang ini adalah kemelut bangsa melayu yang sudah lupa dari mana kita datang dan apa yang telah kita perjuangkan. Rata2 generasi yang mempelopori tunggak pemerintahan masa kini samada dalam kerajaan, korporat atau universiti2 adalah kelompok yang pernah menghafal dan menghayati rangkap2 tersebut. Mungkin bersama2 dengan saya menitiskan airmata semasa di ITM suatu ketika dulu sebelum berlepas ke Amerika ata UK. Adakah generasi yang sama telah membawa balik ideology barat untuk digunapakai dalam masyrakat kita hari ini ? sehingga kita keliru bahawa melayu ini sudah tidak relevan lagi. Kita ditipu berulang kali oleh pemimpin yang rakus dengan kuasa dan kekayaan. Pemimpin yang kita sanjungi dan sayangi suatu ketika dulu rupanya ingin menjadi diktator dan ingin kaya raya dengan simpanan dalam bank yahudi berjuta-juta dollar. Sanggup melihat bangsanya dihina dalam kemiskinan; merempat dipinggir bungalow mewah milik orang, berlumba-lumba merebut peluang milik sendiri...tapi hanya senyuman sinis yang kita terima. Dia adalah pemimpin kita. Ada pula pemimpin kita yang memukau dengan kata-kata manis, ucapan berdegar2 sehingga kita leka dan lupa apakah sebenarnya kita disini..di bumi tanah melayu ini. Rupanya beliau adalah talibarut kapitalis. Kita ditipu lagi.
Atas nama demokrasi kita sanggup berpakat membunuh dan memusnahkan bangsa sendiri. Adakah melayu tidak relevan lagi ? bumi ini milik kita, siapakah lagi yang akan berjuang mempertahankan tanah tumpah darah ini kalau bukan kita...anak2 melayu. Kemanakah insan Melayu akan bermusafir 10 atau 20 tahun lagi ? mencari satu kedamaian dan menjawab keluhan anak2 kecil kita. Adakah kita sanggup merempat di bumi sendiri , menghiburkan hati dengan seloka-seloka hidup agar jiwa yang gundah gulana mampu mengukir secalit senyuman. Kita perlu berhenti berlari kerana yang menghambat hanyalah bayang-bayang kekecewaan. Melayu adalah bangsa yang gagah suatu masa dulu. Sanggup menerjah bila bersua musuh. Kita adalah warisan bangsa itu. Jangan sesekali kita lupa.......
No comments:
Post a Comment